Wednesday, March 18, 2009

bercampur

kini perasaaan ku bercampur aduk.

aku sedih
aku rimas
aku sakit
amat perit
aku lemah
aku tabah
aku rindu
aku cuba
aku gembira
aku bingung
aku arlina,

aku hanya arlina, tak tahan menanggung semua ini :)

Tuesday, March 17, 2009

rindu, nak diorg please?

im so proud being a beserian man. bangga gila, nombor 6 beb!!!, hebat la sekolah kitorang. ( :

sekarang ni sgt rinnduuu.

1. 5 brilliant.


class ni best :)

2. rindu mangkuk ayun 2 ekor ni, (haha syg korang!) linus and nadia



3.mangkuk lain2 jgk







4. geng gossip dlm class


omg rindunyaaaa

los and faun

haha, saya dah banyak kali abandon blog ni sejak kehilangan arlina merana. nampaknya, saya masih susah untuk cope dengan kehilangan arlina merana tu. cheh cara cakap macam ada orang mati je. ( :

oh tadi saya tengok cerita los and faun. boleh tahan kelakar la macam boleh gelak sampai sakit perut sampai terberak. cheh itu lebih lebih la, tapi kelakar. lepas tu tak logik juga, tapi tak apalah kan, ceerita mana pernah logik. lepas tu, saya rasa sumpah watak ida nerina tu suara dia sama macam saya :O gila betul. saya cakap macam tu la, ade la lebih kurang. oh anyway saya nak buat vlog baru tapi dalam bahasa melayuuuu (: tunggu la nanti ye, tunggu saya charge battery dulu, haha sebab sejak ada slr ni kesian canon ku diabaikan. hmmm

oh ingat tak yang saya merepek repek tu, yang saya emo gila sampai satu hari sampai 6 post? gila kan, oh saya dah kembali tenang. :) saya daaah okay. alright juga. kali ni dah betul betul alright macam dah pasrah gila babeng. cheh.

OH LAGI SATU, SAYA NAIK 5 KG WTF WTF WTF WTF. sebab lama sangat tak timbang, sobs, sayaaaa naik 5 kg. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee geram nya. ok sekarang mari beramai ramai buat crash diet. saya tak mahu makan nasikk, portion kasi jaga yeee. lepas tu hari hari makan soup je -_-. sebaik laa aku ni suka sup.

omg im so fat that it hurts :S

Monday, March 16, 2009

hee

saya dah decide untuk mengupdate blog ini sahaja, kerana sekrg ni saya asik emo gile babeng je. (: i loooooove you

RAWR.
cheh ini btul2 tetibe.

saya sekarang memang dalam phasa emo gila dengan semua orang. pernah tak rasa mcm tu? macam gila benci dengan semua orang/. haishh. ( :

so ye lah. tunggu ye, saya kene tenangkan diri dulu. heee.

Thursday, March 12, 2009

perlu tulis

ok kene tulis lagi, aku tak tahan weyh, aku tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni, ok seriously i wasnt talking about my result eh. so please faaaham. jangan suka2 buat konklusi. aku tension ni, lambat lagi nak masuk matrix, cepaat laah, dah tak sabar nak belajar. sejujurnya, aku suka belajar. bagi aku, bila aku belajar, aku tinggalkan semua masalah dekat dunia ni and create dunia baru yang ada aku dengan buku je. argh, hati aku sakit, aku taak tahan laaah. :( macam mana nak hidup niii. booodoh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. bodoh bodoh bodoh. rasa macam nak kejutkan linus je, :( dah tahan daah tanggung sorang2. linus :( kite nak awaaak, kite nak masa beseri dulu, kite naak masa trial, kite naak semua, masa kat muar, kite naak dulu. arlina yang sekarang ni bodoh, babi, semua ada. benci arlina sekarang. :( Ya Allah, kenapa dengan aku ni, aku benci betul diri aku ni, macam mana aku cuba, aku tak pernah sukaa, tak kan suka ya ALlah. :(

aku malu padamu yaAllah, aku taak patut jl2nvh,mbntigreql;vIH4o;fmvbji;fovkbg43vc. aku tak patut menangis sebab ni ya Allah. aku malu aku menangis sebab nii, aku sepatutnya mengalirkan air mata memikirkan dosa dosa lampau. ya Allah, berilah aku ketenangan. aku nak Arlina duluu:( aku benci arlina skrg. arlina skrg xgunaa,, bodoh, daah tak selalu bersama mu ya Allah. aku malu, aku taak tahan lagi ya Allah. kenapa aku tidak kuat ya Allah. daan tak ramai faham apa yang aku rasa, infact, xde sesapa pun faham. aku perlukan sesuatuuu yang boleh menenangkan akuu, quran, aku akan cuba ya Allah. aku cuba.

tapi aku malu:( perkara ini aku tidak patut tangisi, kerana ini boleh dikira sebagai dosaa, aku tidak tahu kenapa dengan menulis, aku lebih boleh meluahkan segala galanya berbanding bercakap. bolehkah aku berdoa melalui blog? pelik sungguh aku ni. ya Allah, kau hantar lah sesiapa hamba-MU untuk membantu aku. aku perlukan pertolongan.

ya Allah, jika begini jadinya, aku takkan tempuhinya lagi, aku tak akan buat lagi, terlalu perit untuk aku lalui, aku sedar, aku berdosa. ampunilah dosaku ya Allah. aku akan cubai, aku tak akan menghampirinya walau sedikit. aku akan cubaa, cuma kini, berilah aku sinar kegembiraan?

kadang kala, betul jgk ckp orang tua ni, hari ni hari yang paling saya banyak menangis. memang betul sebab tu lah mata kiri terkedip. nasib baik result ok. aah, cerita pasaal result, lagi, babi. membunuh impian saja. :(

aku perlukan kau ya Allah, sentiasa.

linus

maaf, aku perlu tulis lagi, aku dah tak tahan. ok lah, aku ada satu problem ni, rasa macam terpendam sangat, nak share tak tahu nak share dengan siapa. haaih -_-, naah, saaya tak kan buat vlog dah dont worry. tapi betul la, aku tension gila babi ni, ok tahu dah sapa nak call. LINUS!

ok pukul 2 ptg nanti boleh telefon linus luahkan segalanya cakap dekat diaa semuaaaaa. ok la tu, semalam linus call aku, hari ni turn aku pulak lah pinjam telinga diaa. yay yay ade linus. cheh gila -_-, linus ni puun satu, bangun lambat sangat, bibik tak berdedikasi betul. how i wish i have linus right now

dulu selalu menangis dekat dia, dia selalu pujuk, kadang2 dia kene marah, haha sian linus, tapi friendship kitorang macam sangat clean. tak ada back stabbing langsung. mampu ke nak carik mcm ni lgi?

linus, i love you so much. :(

something is bugging me

saya sudah dapat result spm, :) tak, saya senyum kerana bersyukur kepada Allah, bukan kerana gembira. saya tidak puas hati, sebab sakit tau tengok semua orang dapat A1, tapi bila fikir fikir balik, nasib baik Allah bagi A2, bukan B3, so please arlina, bersyukur.

tapi lepas ni, mintak mintak lah dapat interview nak pergi kolej mara banting atau seremban tuu, please, nak sangat :(. lepas dapat interview, nak laa pergi kolej tu, please, like sangat sangat please like naaak sangat masuk college tuu. :( tolong laah bagi masuk.

susah tau jadi anak arshad ni, my father never satisfied with what i have. macam sangaaat susah weyh. abah dah tua, bila bila boleh meninggal dunia, sebelum abah pergi, saya nak sangat buat something yang boleh membanggakan abah. buat medic. tolong laaa, itu jeee saya mintaak. naak lah pergi overseaaaa. takutnyaa.

abah said, dekyang, kau ni penakutlah, tak kuat, ambik result pun nak suruh mak ambik, orang dekat vietnam tu, kene rogol (xtau kenapa kene guna vietnam) aand tak tahu kenapa nak jugak guna kene rogol. haih.

to be honest, im nottt strong. im weak, im very scared. asik asik risau, asik asik risau, macam mana nak berjaayaa ni. :( asiiik risaau je, so from now on i just want to enjoy each moment of my time before i meninggal dunia.

and now, i really want to be so so pious, but im not strong enough. hopefully, masa umur 30 tahun, i want to start wearing jubah sebab it loose and its nice. i want to wear purdah when i am 50 years old. sebab, kalau kita pakai purdah, if im not mistaken, nanti Allah dengan sendirinya datang dekat kita and menunjukkan wajah Allah. tak tahu lah betul ke tak, tapi pernah baca.

nak jadi baik laah, sebab hidup ni tak kekal kan. kadang kadang, masa ramadhan, berharap je Allah ambil nyawa masa tu, sebab time tu rasa baik sangat, rasa dekaat diri dengan Allah.

lepas tu azam baru masuk IB, i cant fall in love, CANT FALL IN LOVE AT ALL. the best thing to do is avoid all guys become my best friend, dah dah kawan perempuan ramaai okay, no no laki. sebab sejujurnya, saya tak boleh bercinta sambil belajar. haha, pernah cuba, tapi, saya lagi cintakan pelajaran. cheh tetibe. so lepas tu nak study mcm org gilaa, nak pergi uk.

nak kawin, dpt anak, bagi nama dia alrina, alriana, dgn arliana, kalau lelaki mikael dgn malique. ok dah. gila loser, ok dah lega sikit lepas merepek. merepek ni best laah. antidote sayaa

Wednesday, March 11, 2009

nervous

ok semua nervous untuk result spm esok :) hampir semua bloggers blogging pasal kenervousan mereka. haih, siapa tak nervous. sebab spm ni menentukan antara hidup dan mati, ok tak ada lah sampai peringkat macam tu, tapi spm ni menentukan whether kita boleh buat apa yang kita nak in the future. dont worry baby, untuk mereka yang tidak mempunyai bapak yang cop duit, kita masih lagi boleh meneruskan pelajaran di matrix sekiranya result spm tidak melayakkan diri ke ipta tertentu atau ke oversea. masih ada lagi peluang.

eh sejak kebelakangan ni saya penulisan saya makin skema dan betul betul macam blogger melayu sejati. ececewaaah, anak mak dah membesar. ok ini betul betul tetiba. bak kata sofia, that is very the suddenly one. saya pun tak tahu kenapa tiba tiba saya menulis sebegini rupa. masih kelakarkah lagi saya? sudah hilangkah sense of humour ku? cheh. oh saya ada satu cerita

hari ni jantung saya berdegup dengan rentak yang amat berbeza dari hari yaang lain. laju sungguh, seperti kelajuan azie melahap makanan apabila dia lapar, ataupun kelajuan sofia berlari melihat barang barang sale di isetan(yg penting sofia jrg shopping di sini) rentak laju yang tidak terkawal ini disebabkan oleh jantungku perlu catch up dengan adrenaline yang mengalir laju. persoalannya sekarang, mengapa adrenaline saya mengalir laju? sebab nervous lah ngok. result spm besok kot. kau tuuu tak takut ke, orang nanti satu kampung, kawan mak kau kawan bapak kau, call nnak tau, "eh anak kau berapa a? haa? banyak tu je, anak aku lah menang lagi, dia ambik 34 subject, bodoh lah anak kau tu" cheh, ini gambaran terlalu membatasi imaginasi, sebab takut sangat

sampailah pukul 4.30 petang tadi, :) nobita call saya. alolololololololololo, so sweet like cupcake you nih. haish, mana janji saya nak move in ni? dia call saya suruh move on, cheh tipu je. dia cakap goodluck besok, awww, comelnyaaa. ok ini lagi satu masalah perempuan -_- kalau lelaki yang kita suka, cakap apa apa pun, mesti excited terus, walhal perkara itu sungguh remeh temeh. haih. perempuan perempuan. ok kembali ke phone call itu, sebagai perempuan yang mudah excited dan gopoh gapah. saya dengan BODOHNYA BERKATA, sorry lah nobita, i busy, tak boleh cakap lama lama dengan you. -_-, bodoh arlina, booooddoooooh, macam mana nak goda dia ni, dah la kau tu pakai tudung, tk boleh tunjuk body, cheh, kalau tunjuk body pun dia xnak, nanti nobita tu cakap, eh eh tau lah doraemon pun, kenapa bulat sangat ni. haha. yang pentingnya, saya terlalu gagap. ingat dalam movie je perempuan jadi gagap dengan lelaki yang dia suka, ni, saya pun gagap jugaaak. woah, hebat sungguh kamu ni nobita

konklusinya, walaupun result spm esok hari, saya terus gembira berkat nobita call :) terus ingat nobita je, result semua dah melayang. haha

ps: thanks to sofia, azie, and ridhwan sebab call jugak. i love you guys.

Saturday, March 7, 2009

ibu bapa

haih, benci betul, benciiiiiiiii dekat orang yang cakap kalau mata kiri terkedip kedip ni ada petanda buruk nak berlaku. sebenarnya, saya sangat tension sekarang ni. sebab tadi, cakap dekat mak, mak, adik lagi rela menangis kalau mata terkedip ni sebab orang mati, daripada dapat result buruk. akibat marah sangat sangat dekat mata ni asik terkedip ni. tapi bila search dekat internet, menyesal pulak cakap macam tu, astaghfirullahalazim. ramai cakap, bila mata diorang terkedip ni, orang yang diorang sayang meninggal. ramai pulak tu cakap ayah diorang meninggal. saya risau betul kalau abah mati :( kalau boleh, tak naak lah abah meninggalkan, sebab nanti, masa graduate, kawin, nanti dia tak dapat tengok cucu dia, ya rabbi sedihnya. :(

tadi, terlepas cakap dekat abah, adik tak suka lah rumaaah ni, adik benci balik rumah, adik lagi rela duduk dekat asrama. :( kalau laah boleh tarik balik perkataan tu semula. lepas tu abah marah sebab membazir elektrik, lepas tu saya jawab, alah, dah terlambat abah nak nasihat kitorang, masa kecik kecik dulu kenape tak ajar betul betul. *gila betul, lepas tulis ni, abah terus kuar bilik* terus tak jadi nak menangis, sebab nak cover malu. tapi seriously, kalau korang cakap macam tu dekat bapak korang, sure kene tampar, paling teruk pun kene jerit laah. tapi taak, abah tak macam tu, dia diam je, die ckp, eh jangan cakap macam tu. kenapa lah abah saya yang baik ni dikurniakan anak sial macam saya? saya rasa, saya tak layak duduk di muka bumi ini. saya sentiasa kurang ajar dengan abah saya, kadang kadang tu rasa macam tak kesah sangat, tak pun, tak perasan pun saya tengah kurang ajar. kalau abah bergurau, nanti suka suka hati je cakap, babi laaa abah ni. abah cool je, sampai macam tu tahap ke-cool-an abah. tapi saya sedar, sebagai seorang bapak, dia mesti nakkan respect dari anak anak dia walaupun nampak macam tak kesah je.

kadang kadang saya memang benci abah. sebab dia judge anak anak dia melalui pelajaran. even dekwi(my bro) pun cakap macam tu. dia cakap, abah ni senang, kau jadi je pandai, lepas tu apa apa kau mintak mesti dapat. betul jugak tu, sebab masa pergi mrsm, sebut je ape ape, sure dapat punya. SEMUA. haih, tapi sebenarnya, deep down saya memang sayang abah, walaupun abah ni sarcastic gila (ok skrg korang tahu mane dtgnya mulut lazer kita ni kan?) tapi saya yakin, abah buat macam tu sebab nak anak dia berjaya. perkataan yang semua orang pernah kena, bodoh, bangang punya budak. paling best bastard, haha. taapi, saya masih sayang lagi abah saya sebab, dia menteri kewangan rumah. haha

lepas tu mak, mak saya ialah mak paling best dalam dunia. serious, tak boleh lawan mak korang, cheh nak menang gak. sebab mak saya selalu cakap, kalau saya bad mood, lepas tu menjerit jerit sebab tension sangat, nanti mak relax je cakap, ala standard lah tu, remaja. kalau tak da problem risau jugak. -_-, saya pun macam eh eh mak ni, cool betul. selalu lah mak jadi punching bag saya, kesian maak. asik kene dengar masalah anak bongsu dia je. saya betul betul tak tahu apa yang saya buat sehingga saya layak dapat mak bapak yang sangat baaik. maak kan sangat baik, saya sayang maak, mak kata, mak suka tengok dekyang gembira, sebab kalau dekyang gembira, mak pun gembira. well, tahu taak, saya ni memang seorang yang susah sangat nak gembira, kerja asik nak menangis, nak tension, kesian maak. dia laah kene tempias kalau saya marah marah ni. tapi mak tak pernah complain. ada sekali tu baca mak punya ape tah tak tau bende tu, tapi mak tulis, saya mempunyai anak bongsu yang perlukan kasih sayang. saya rasa dia masih lagi perlukan saya. :( sedihnyaa. saya betul betul sayang ibu. mak sentiasa bagi atau buat apa apa yang saya mintak. apa apa pun mesti dapat punya.

tapi ye lah, saya ni, biasalah ego tinggi, tak nak belajar dari pengalaman. sebab saya selalu menghargai benda, kalau benda tu dah tak ada, takut bende ni terjadi untuk parents sendiri. saya sangat sayang parents saya. naak tunjuk, rasa mcm malu. haihh. kadang kadang, saya lebih rela mati dulu daripada mereka. sebab kalau saya mati dulu mesti abah dgn mak byk baca kan quran, surah dan solat untuk saya. diorang mesti maafkan dosa saya. tapi kalau diorang pergi dulu? mana nak dapat semua tu. aah, dah sedih sangat ni, mata dah menangis sampai tak naampak.

so kepada korang yang ada lagi parents tu, jomlah sama sama appreciate diorang. cuma, tak tahu macam manaaa nak tunjukkan. ok azam saya besok, xnak jerit dekat diorang, xnak tinggikan suara lah maksudnya. taak nak kurang ajar. kalau abah dengan mak suruh buat apa apa, buat je. okay!

ok nak tido, nanti abah tengok nangis nangis ni mesti mcm ape lancau dekyang nangis malam malam ni? haha.

hello

er, hello, saya nak cakap mintak maaf sangat sangat to my followers and friends, sebab blog saya gilaaa. dia macam dah tercampur adukkan bottle of hopes dan arlina merana. so saya dah give up, menyampah semua ada, and decide nak buat in two different email or accout. sorry gila eh korang. cheh cara cakap macam betul betul ada peminat setia. haih lepas ni mesti tak ada sesape nak follow blog :( , sedih, kecewa, risau, perit, cheh lebih lebih kita ni. alaaaaaaaaaaaaaa, macam mana korang nak jumpa kita balik? haa pembaca setiaa? okay dah menyesal delete blog tadi. aaaaaaaaaaaaaaaa. nak buat macam mana, terlajak perahu boleh diundur, terdelete blog, menyesal aku, kerana pulut santan binasa, kerana tertekan butang delete, terpaksa aku buat blog balik semula. haishh, tension ni.